Friday, August 30, 2013

INFORMASI : BATU KARANG DALAM HEMPEDU


JOM SHARE INFO
BATU KARANG DALAM HEMPEDU


Info ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri yang menghadapi penyakit ini. Saya sendiri pon tak pasti kesakitan ini telah terperap berapa lama. Apa yang pasti, apabila sampai masanya ia amat menyakitkan.


Di awal kesakitan..
Saya menghadapi masalah ini bermula di bulan Ramadhan. Mungkin dah takdir Allah sakit di bulan yang Mulia ini. Pada mula nya saya cuma ingat ini kesakitan yang biasa. Antara sintom-sintom awal

  1. Sakit perut terutama pada hulu hati. Terlalu perit kesakitanya
  2. Pedih dalam perut umpama gastrik menyerang. 
  3. Terasa sakit dibawah tulang selangka terutama selepas makan.
Kesakitan ini berulang walaupon telah berkali-kali cuba makan ubat gastrik atau ubat membuang angin termasuk yang dijual di farmasi. Waktu ini saya telah ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor hanya beri saya suntikan ubat tahan sakit dan ubat gastrik. Doktor meminta saya untuk kembali ke klinik selepas 3 hari jika kesakitan masih lagi tiada perubahan.

Lain-lain tanda penyakit ini....

  1. Sentiasa buang angin (kentut lah kan) dan terasa perut sentiasa kembung.
  2. Najis berbau sangat busuk. Maksud saya, agak keterlaluan. 
  3. Sakit di bahagian belakang terutama pada tulang belakang. Keadaan ini sehinggakan kita sukar untuk bangun, duduk mahupun waktu tidur. 
  4. Akan ada demam terutama apabila terlalu banyak pergerakan atau selepas makan makanan yg ada minyak walaupon sedikit.
  5. Air kencing terlalu kotor sehingga warna kuning keemasan.
Kesakitan pada tulang belakang @ bahagian belakang sukar untuk digambarkan sehinggakan tak boleh diurut. 

Ada sumber memberikan tips berguna...air jus lobak putih. Perghhhh...Allah saja yang tau rasa nya mcmana. Tapi...setiap kali saya minum jus air lobak putih, kesakitan kurang. Tapi keesokanya sakit kembali semula.


Lobak Putih
Sayur ini mengandungi kandungan air, glukosa, sukrosa dan fruktosa yang banyak. Ia juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-piruvik dan asid amino.



Selepas 3 hari, kesakitan masih lagi kuat terutama pada hulu hati dan tulang belakang. Ulang kali ke 2 ke klinik, kali ini untuk ultra sound, blood test dan urine test. Oleh kerana lagi sehari nak raya, doktor meminta saya kembali ke klinik selepas 3 hari. Fuhhh, nikmat raya berkecai. Lagi-lagi terpaksa memandu ke Ipoh untuk berhari raya.

Result...

Hasil ultrasound...tidak kelihatan batu pada hempedu. Result darah juga ok. Cuma urine memang kotor. Doktor yang kurang berpuas hati dengan result kerana kesakitan masih lagi ada. Doktor mengesyorkan saya supaya membuat rawatan lanjut ke Hospital dan berjumpa pakar.

Saya memilih Sunway Medical Centre untuk rawatan lanjut. Terus ke klinik pakar Gastro. Saya diminta untuk berpuasa bermula tengah malam dan diminta untuk minum sejenis air sebanyak 6 botol 500ml dalam satu hari. Lepas minum je air tu...ape lagi, ke tandas berulang kali je lah sampai najis berwarna kuning. 

Rawatan lanjutanya sudah semestinya, endoscope dan ultrasound. Result enoscope...clear semuanya dalam usus. Tapi...result ultrasound, mendapati terdapat batu karang berhampiran saluran hempedu. Pakar bedah datang untuk pemeriksaan seterusnya. Tu maknanya, pembedahan segera perlu dilakukan.

Pembedahan..

Pakar bedah memaklumkan, pembedahan agak kecil namun tiga bedahan di perut dan satu di pusat untuk camera dimasukan. Jika cara ini tidak dapat mengeluarkan batu tersebut, cara lama akan dilakukan. Hempedu juga akan turut dibuang. Pembedahan saya mengambil masa 45 minit. Tapi selepas dibedah, adohlahhh...sakit lain lak datang. Sakit kene toreh kt perut lah plak kan.


Sukar nak digambarkan, sebab pergerakan kita semuanya menggunakan otot perut. Bila nak bergerak, terlalu sakit dan perit terutama bedahan pd hulu hati dan di pusat.

Ukuran lebih kurang sebiji guli

Hasil yang dikeluarkan. Hempedu juga terpaksa dibuang. Kini Hati mengambilalih tugas hempedu

Kini..

Selepas pembedahan, kesakitan telah tiada. Cuma perlu amalkan pemakanan yang sihat. Kurangkan minyak...kurangkan makanan pedas..asam...masam2...makan buah buahan dan minum air kosong @ mineral sebanyak mungkin.


Selepas pembedahan...kesakitan hilang, tapi perlu rawatan lanjut dan penjagaan makanan yang berterusan

 
Ini semua adalah hasil daripada pengalaman saya. Jika anda mahukan info yang lebih dapatkan nasihat daripada pakar hospital atau doktor yang arif.




Pengalaman
berryhitamanis

Foto
superyounglady

Info lain
wikipedia
 

Monday, August 26, 2013

JAHITAN PEMBEDAHAN BELUM SEMBUH... KELONG TELUK GONG JADI SASARAN

XPDC TERJAH 
KELONG PURPLE INN
24-25 Ogos 2013



Bila memancing dah jadi hobi, belum sembuh dari sakit aktiviti memancing tetap di hati. Dengan tidak sengaja...rancangan menjadi kenyataan. Dalam masa 1 jam buat keputusan untuk saja-saja ke kelong. Walaupon saya masih dalam keadaan yg kurang sihat..tp keinginan untuk memancing tu tinggi.

Umpun-Umpun ada dijual di tepi jalan menghala ke Teluk Gong


Sampai di Jeti Kg Nelayan Teluk Gong jam 7 malam

Al maklumlah...dua (2) minggu duduk rumah. Rasa Bosan keterlaluan. Parut pembedahan kerana batu di dalam hempedu amat menyakitkan. Dan kini...hempedu saya juga terpaksa dibuang. Tetapi....mancing tetap mancing. Uwiiiiieeeeee.....

Ini lah satu daripada masalah di Kelong Purple Inn..SAMPAH. Rasanye Kerajaan Negeri Perlu lakukan sesuatu kalau mahukan ini sebagai tarikan pelancong ke Negeri Selangor

Lokasi senang....Teluk Gong. Walaupon perkiraan air pasang surut tak berapa baik, kire air tak cantik lah kan...tp saja-saja cari pasal. Kali ni berempat pon jadi...janji ade geng. 

Cite banyak pon tarak guna kan kan kan....
Jom tengok aksi-aksi kami di kelong

 
Siap sedia ikat perambut...wajib batu ladung dan hilang. Hehe...al maklumlah sampah banyak



Koleksi Joran Bottom milik kami....telah banyak berbudi.


Umpun-Umpun ini untuk memikat si sembilang...tapi hampa lak kali ni








25 Ogos 2013 Ahad..


Admin Superyounglady


Walaupun hujan turun dan angin kuat...kami tetap memancing

Ikan Gelama Pisang...warna kekuningan



Mayong...dekat 6 ekor saiz yang sama. Perghhh....masak asam pedan best nihhh


Berat nya lebih dari 500g...

Duri nye kene buang dulu okeyyyy
Makan tengahari Kami di Kelong....Freshhhhh

Ikan Gelama dan Ikan Duri  Goreng...Nyumm nyumm

Nasi dan ikan goreng lunch kami

Ini Memang Besar...fuhhh, ingatkan tarik sampah. Alhamdulillah...kene si Mayong nih

Cik Einn a.k.a admin Batu Ladung dengan joran nye. Hasil nye suma si Mayong. Besar-besar lak tuh...

Ini Hasil tangkapan saya dan admin Superyounglady


Masa untuk balik....



 foto by
berryhitamanis

ahli trip
Zorro Abu Bakar
Cik Einn @ admin Batu Ladung
Superyounglady






 

Friday, August 23, 2013

PEMANCING WANITA DI KELUARAN MAJALAH UMPAN VOL SEPT-OKT 2013


AKTIVITI PEMANCING WANITA DI KESAN OLEH MAJALAH UMPAN



JOM BELIIIIIII......


Satu lagi kejayaan pemancingan wanita melalui blogger superyounglady a.k.a Maylash (nama pena) apabila artikel bertajuk Dunia Memancing Wanita (page 62,63,64) di keluarkan di dalam Majalah UMPAN. Di dalam artikel bertajuk Dunia Memancing Wanita, Maylash memberikan info terbaik untuk pemancing-pemancing khusus nya kaum wanita yang mempunyai minat untuk memancing atau yg husband nye kaki pancing tapi tak pernah ikot serta krn takut dgn pelbagai tanggapan atau lain cite biasanya takot terbakar kulitnya di laut. Di dalam artikel tersebut juga memberikan info lokasi pemancing wanita yg kebanyakanya boleh dikatakan sesuai lah untuk para suami mithali ni membawa isteri atau isteri isteri atau GF atau skandal untuk turut serta memancing terutama di laut.

Untuk pengetahuan semua, artikel tsb bukan lah untuk mencabar atau menunjuk-nunjuk kehandalan pemancing wanita, tetapi untuk menyuntik semangat kaum wanita untuk mencuba hobi ini sambil dapat bersama keluarga dengan suasana tenang. Terima kasih kepada Majalah UMPAN yang sudi memberi peluang kepada kaum wanita membuat artikel tersebut. Ini menunjukan wujudnya pemancing wanita yg tegar juga dengan hobi ini. Selain itu, Majalah UMPAN juga adalah antara majalah yg penuh dengan info berguna untuk kaki pancing. Jadi, dapatkan di pasaran segera

Support us at
 FB : Kelab Memancing Wanita


aaaahaaahhh.. me, is and eric :-)

Gambar-gambar ni juga ada di dalam blog





foto by
berryhitamanis


MAJLIS PERLANCARAN PORTAL VIRTUAL MALAYSIA (MALAYSIA SOCIAL TRAVEL PORTAL) 2.0


EVENT...EVENT...EVENT..




MAJLIS PERLANCARAN PORTAL VIRTUAL MALAYSIA.COM 2.0
(MALAYSIA SOCIAL TRAVEL PORTAL) 


Special thanks to Sota Travel dan Kementerian Perlancongan Malaysia kerana memberikan peluangan ini kepada blogger tempatan yang aktif memperkenalkan destinasi perlancongan Malaysia bagi memperkenalkan Negara kita Malaysia Ke seluruh Negara Luar melalui laman sosial. Saya dan beberapa sahabat yg termasuk blogger muda Superyounglady telah dijemput untuk ke perasmian dan Majlis Perlancaran Portal Virtual Malaysia versi 2.0.

Majlis diadakan di Hotel Hiliday Villa Subang Jaya pada 22 ogos 2013 sebagai titik permulaan memperkenalkan Malaysia melalui laman-laman web,blog, facebook, tweeter, youtube dan sebagainya untuk memeperkembangkan lagi info info yg terbaik berkaitan Malaysia.

Klik...Klik...Klik....







Antara para blogger yang diberi peluang untuk menyertai Virtual Malaysia Portal





Blogger bersama VVIP yang hadir


Superyounglady@Maylash bersama Datin Suraya


Rasmi nya kami sebagai blogger untuk virtual Malaysia


foto by :

berryhitamanis