Lautan Itu Indah...Luas Untuk Diterokai

Kami bukan lah pemancing profesional...cuma kami meminati aktiviti ini sebagai hobi utama dalam kelapangan masa yang dimiliki. Hobi ini lebih tenang walaupon lautan adakala nye bergelora..Indah nye kebesaran Yang Maha Esa untuk tatapan hamba-hamba nye.
...'Jangan Menidakkan Kebolehan Kami' yeaaaayyyy!!!!

Monday, September 2, 2013

TRIP 4/2013: KELONG ACHEH, MERSING JOHOR

KELONG ACHEH MERSING   
 ~ R E S O R T  A T  S E A ~
14-15 June 2013



Ni nama nye trip pakai redah je..dah nama pakai redah je so bnyk persediaan yg dibuat last last minit. Ye lah kalo terlalu merancang sngt kadang2 tak jadi...lagi2 kalo asyik nk ikot groups ni...so kali ni g berdua je. Ramai yang feedback...asyik asyik mancing di Melaka jer, nape tak redah tempat lain. Jawapan saya, ini sebahagian daripada hobi masa lapang. Kalo tak lapang cmne nk pegi kan kan kan...lagi pon kat Melaka dah biasa dengan tekong Abu.

Long Journey to Mersing


Ape yang menarik perhatian saya ke Kelong bertaraf resort ni???
  1. Nampak mcm view yg menarik. Selain memancing, saya ni jenis nk tgk dunia laut yg kebiruan tu. Rasa refresh minda.
  2. Nak merasa karen ikan laut Mersing lak...
  3. Sebagai pengalaman yg boleh saya kongsi bersama.
  4. Tengok ragam orang memancing, ragam ikan, ragam lautan..
  5. Resort ni di katakan popular dikalangan Singaporean...jadi saya nak tau kenapa...(hehehe...)
  6. Lain-lain sebab, saya tak pernah naik ke Kelong yang sebegitu besar digambarkan.
  7. Pakej yg menarik.. untuk 2hari 1 malam cuma RM150/pax termasuk makan/minum untuk 3x, makan ringan 2x, pengankutan bot pergi/balik dan lodging.
  8. Tak payah bawak bekalan makanan satu beg...sebab kt sana siap ngan pekej makan minum lagi. Kalau masih lapar jugak...boleh beli air mineral/coke dan rokok jugak dijual di atas kelong. 
 Some View ..




















Hidangan dan makan time...



 Konsep 1 group 1 table


Cara nak ke Mersing...
  1. Ikot Highway Karak ke Rompin dan seterusnya ke Mersing. Dikatakan jalan ini kadang-kadang agak serabut sikit sebab laluan lori balak.
  2. Ikot Highway Plus Utara-Selatan dan laluan ke Negeri Sembilan.
  3. Highway Utara-Selatan exit Air Hitam. 5 jam perjalanan yerkkk kawan-kawan. Teruskan perjalanan ke Kampung Penyambong. Total beh kurang 8 jam lah memandu.
Jadi pilihan saya untuk perjalanan yang berdua sahaja ni...jalan paling jauh. Saya pilih jalan ke 3. Memang jauh tapi jalan ni saya rasa confident sket. Bile dah exit Air Hitam, laluan ada kesukaran sket, sebab melalui jalan-jalan kampung dan sepanjang jalan kebanyakanya kawasan ladang kelapa sawit atau hutan. Jadi sesiapa yang baru first time lalu kawasan ini, pastikan anda mengisi minyak full dan keadaan kenderaan anda OK. Oleh kerana saya memilih hari waktu bekerja, jadi laluan tu kurang sesak. Cuma saya terpaksa bersaing dengan kebanyakan lori atau kenderaan berat lah.





Set joran...

Sebelum memulakan perjalanan, saya searching dulu blog blog pemancing berkaitan dengan Kelong Acheh ni. Kebanyakanya memberikan tips-tips yg menarik tentang kaedah memancing yang perlu.

Persediaan peralatan
  • Joran : Medium lenght 7'
  • Mesin : Medium saiz reel 3000 siries dan ke atas.
  • Line : >25lb lenght >200m
  • Rig : 1/0 ,2/0, 3/0 hooks + wire 30lb, rig diikat dgn line leader panjang 1m terus ke main line.





Kaedah memancing
  • Jig atau apollo saiz 8-10

Umpan
  • Ikan tamban
  • Ikan selar
  • Ikan kembong
  • Udang hidup
  • Sotong
(kalo tak de sangat udang mati pon boleh...rezeki sapa tau kan kan)

Untuk yang tak berkesempatan atau kehabisan umpan, jangan bimbang sebab style kelong ni...ada menyediakan umpan untuk pemancing. Ikan idop tuh...tapi siapa cepat dia dapat lah. 

Sesi menaikan pukat untuk bekalan umpan pemancing...
Like this situation...






Umpan...ohhh Umpan...




Kami berpeluang bersembang sembang mesra dengan  Pn Farah... Marketing Manager Kelong ni. Banyak info yang dia bagi...if nak memancing disini lain kali lah. Pn. Farah ni sangat peramah...sentiasa tersenyum melayan kerenah dan pertanyaan/komen dari pelanggan dan pemancing yg ada msa tu.

Siri Paparazi/spedo time...
  1. Kelong ini dikatakan bermodalkan RM2 juta sebagai permulaan.
  2. Pelanggan golongan warganegara Singapura.
  3. Ikan-ikan yang di pukat ni bukan saja untuk para pemancing di kelong, tetapi sebahagianya di hantar ke darat untuk di agih agihkan kepada org tempatan yg miskin sebagai sedekah.
  4. Bulan September terbaik untuk mencandat sotong.
  5. Survey kami pada trip ini...kaum paling ramai adalah berbangsa cina.
  6. Pn Farah adalah mualaf dan baru je balik dari menunaikan Umrah (waktu kami pergi tu lah)
  7. Ada juga yg buat family or group gathering kt sini. 
  8. Sentiasa ada pekerja tetap di Kelong. Tukang masak...cleaner mcm hotel. Cuma mereka tak beruniform lahhh...

Pengalaman melalui trip ini..
  1. Sediakan umpan sendiri berlebihan walaupon kelong Acheh ni ada sediakan. 
  2. Kalau boleh pergi lah dalam group 3-4 orang ke  atas sebab kalo pergi berdua tu, priority untuk dapatkan bilik yang mempunyai kawasan memancing yg lebih selesa tu kurang sikit. Boleh request dorm yg sebelah kiri kelong...di katakan kawasan spot ikan ikan besar spt GT, barracuda, pari
  3. Pergi waktu off peak/weekday. Kalau pergi waktu weekand, alamatnya...anda hanya dapat membaling joran kurang dari 10 meter je lah. Atau...just baling bawah kelong guna apollo. Paling paling tidak pon mengenalah ikan tamban or anak selar kan. 
  4. Boleh candat sotong guna rapala...casting sampai dapat.
  5. Boleh sewa bot untuk memancing di sekitar kawasan kelong/spot ikan besar. Ramai tekong-tekong bot yg offer kami masa tu, tapi kami tak bercadang untuk naik bot. Lebih kepada rest n feel kan.


Kawasan spot...
 
Dorm with balcony


Open area



Our dorm...sebelah kitchen...

Spot ni...tidak digalakan sebab kawasan kecil dan sempit. Nak baling joran pon kurang sesuai...lagi lagi yg bawak joran lebih dr 7'





Yang menarik masa trip ini...

Budak ni dapat lesen dulu... 

Tu pon g redah kawasan orang...port sendiri tak masyukkkk







Haiwan ini dikatakan berbisa...
Rupa bentuk mcm ulat bulu.



Tarik punya tarik...berat mcm 1kilo, rupanya mengena si kurita nih yg dok dalam cawan...






Kan dh kene seketol si sutun nih..



Hasil Guna apollo lebih berbaloi kali ini...



Tepi...tepi...ngah baling kat spot barracuda loncat-loncat depan tuh...





Komen saya...

Cukup berbaloi untuk para pemancing. Bayaran jugak tak keterlaluan jika dibandingkan dengan fasilities yg ada. Kebersihan kawasan juga memang terjaga. Jauh perjalan..luas pengalaman. Bagi kami yg jauh dari Mersing ni, tak perlu membebankan badan utk angkot bekalan makanan. Kalau dikira-kira balik... kos nye sama je dgn kelong yg bawak bekalan sendiri. Untuk yg girl girl ni...sangat sesuai ke kelong ni sebab tempat berteduh tu banyak dan luas. 
Kecuali ada sesetengah pemancing,terutama lelaki...yg simple dan sempoi kata nye utk memancing dan mereka tak perlu bersusah payah utk bekalan makanan. Cukup sekadar megi dan sardin je...
Keadaan dan keluasan kelong yg luas, rasanya...sesuai utk bawak family datang. Masa kami datang, ramai je tgk yg bawak family termasuk baby dan kalangan veteran. Bilik yang banyak berkonsepkan dorm boleh memuatkan sehingga 12 org satu satu dorm sangat  bertepatan dgn panggilan resort at sea.

Info
Kelong Acheh Blog

Trip
Berryhitamanis
Superyounglady

Foto
Berryhitamanis
Superyounglady

Untuk tempahan Hubungi 
Farah :019-777 2684
atau 07-5575045

farah@kelongacheh.com





1 comment: