Lautan Itu Indah...Luas Untuk Diterokai

Kami bukan lah pemancing profesional...cuma kami meminati aktiviti ini sebagai hobi utama dalam kelapangan masa yang dimiliki. Hobi ini lebih tenang walaupon lautan adakala nye bergelora..Indah nye kebesaran Yang Maha Esa untuk tatapan hamba-hamba nye.
...'Jangan Menidakkan Kebolehan Kami' yeaaaayyyy!!!!

Saturday, January 14, 2012

Terapi Ruqyah







 Dengarkan bacaan Ruqyah ini..jika ini simptom pd anda,
1)  denyutan jantung makin kencang
2)  badan begegar
3)  ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4)  mengantuk/menguap
5)  batuk
6)  gelisah
7)  panas di tengkuk


Jika ada mengalami sebahagian simptom-simptom diatas,kemungkinan besar ada jin yang menghuni tubuh anda. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syar'iyah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang...Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan mereka akan membuatkan kita mengantuk amat sangat apabila mendengar  ruqyah syar'iyah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk....

Surah-surah dalam RUQYAH ini adalah :-

1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas


Dengan mendengar  ruqyah ini, insyaAllah mampu menyembuh segala penyakit misteri antaranya:-

-Fikiran runsing/jiwa gelisah
-Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan
-Ketenangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
-Menguatkan hafalan dan pembelajaran
-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan




 
Amalkan lah bacaan Ruqyah ini dalam seharian kehidupan anda...InsyAllah dengan bantuan Allah,mampu sebagai penyembuh...

sumber:Terapi Audio Ruqyah Syar 'iyah

2 comments: