Lautan Itu Indah...Luas Untuk Diterokai

Kami bukan lah pemancing profesional...cuma kami meminati aktiviti ini sebagai hobi utama dalam kelapangan masa yang dimiliki. Hobi ini lebih tenang walaupon lautan adakala nye bergelora..Indah nye kebesaran Yang Maha Esa untuk tatapan hamba-hamba nye.
...'Jangan Menidakkan Kebolehan Kami' yeaaaayyyy!!!!

Monday, February 25, 2013

AKU SAYANG SI PUYU 13

IKAN PUYU...ANABAS TESTUDINEUS
IKAN PELIHARAAN YANG PALING SENANG DI BELA



AS SALAM
SALAM 1MALAYSIA


INFO IKAN PUYU

NAMA GLAMER   :   IKAN PUYU / IKAN BETUK
NAMA SAINTIFIK  :  ANABAS TESTUDINEUS
RUPABENTUK     :   BERSISIK & BERSIRIP KERAS
HABITAT           :   TALI AIR / SAWAH / SG KECIL / PARIT &  LOPAK AIR


TAHUKAH ANDA....???

  • Spesis ikan yang suka berhijrah. Pada musim hujan akan melompat ke tebing sungai untuk mencari lopak air.
  • Mampu bertahan tanpa air sehingga beberapa jam.
  • Kepercayaan org melayu, mengikut kata org tua tua...Dipercayai boleh menghalang gangguan makluk halus atau perbuatan sihir. 
  • Paling senang dibela di dalam akuarium dan tahan lasak.
  • Sangat aggresif kalo di campurkan dengan spesis lain di dalam akuarium. 
  • Tak memilih makanan...makan ape saje yang diberikan. Kalo dh boleh idop kat longkang atau parit...dah harosss lah leh idup dgn makanan ape saje. Tapi skrang mkn Pallet.
  • Terkenal dgn nama Climbing Perch di kalangan para Agro krn sifat tahan lasak, mampu bertahan dan suka berhijah ke kawasan lain.
  • Paling digemari dan permintaan tinggi oleh Orang Bangladesh.
  • Di Utara Malaysia...ikan ini adalah spesis yg suka di buat ikan perkasam.
  • Dikatakan mempunyai kelebihan  kerana ia mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita.

  • Ikan jantan tubuhnya lebih kecil dari ikan betina.Ikan jantan akan bergerak lebih lincah dari ikan betina.


CARA PENJAGAAN 

Kolam ikan puyu harus di letakkan tumbuhan seperti kiambang ini bagi menggalakkan ikan puyuh mendapat oksigen secara lebih cepat dan mengekalkan suhu air tersebut dan ikan tidak melompat keluar dari kolam . Air tersebut haruslah di letakkan klorin dan di biarkan selama 3 hingga 4 hari. Ikan puyu amat gemar dengan tumbuhan kiambang atau tumbuhan yang hidup di dalam air atau di atas air

UMPAN MANCING IKAN PUYU

Sangat mudah...cuma di umpan cengkerik

PUYU SI 13 KESAYANGAN AKU DARI MELAKA

Secara peribadi...aku sendiri pon bela ikan puyu yang aku pancing sendiri di parit dekat Melaka. Asal nye ada lebih 20 ekor. Tapi sehingga kini yang bertahan cuma 13 ekor. Setahun lepas, masa aku tangkap ikan ni cuma bersaiz 2" panjang...kire anak ikan puyu lah. Sekarang...berkat makan pallet kegemeran ikan ikan ni...berjaya membesarkan mereka sehingga panjang lebih kurang 4" lebar dalam 3" dan sungguh sehat dan kebanyakan nya kegemukan. Aku bagi makan...sehari lebih 3 kali. Asal aku dok je kt meja makan walopon aku bukan nak makan...si ikan ikan ni pon sebok renung dr akuarium...ibarat mintak makan. Simptom lapar diorang...tetiba aggresif  dan memandang ke arah luar akuarium hahahaha...!!!

Yang sedih nya...3 ekor dari ikan ni cacat. Sekor..buta kedua dua mata nye. Dan 2 ekor lagi buta sebelah mata. Tapi ikan ikan ni masih lagi mampu idop sampai skrang dan 

AKU SAYANG SI PUYU INI....





BUTA SEBELAH MATA

BUTA KE DUA BELAH MATA NYE...KESIAN NYER :-(




PANTANG DATANG DEKAT AKUARIUM...MASING MASING NK SHOW OFF DIRI

SI 13 EKOR PUYU KESAYANGAN KU...



Info
http://aquatek2u.blogspot.com/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Puyu











2 comments: