Lautan Itu Indah...Luas Untuk Diterokai

Kami bukan lah pemancing profesional...cuma kami meminati aktiviti ini sebagai hobi utama dalam kelapangan masa yang dimiliki. Hobi ini lebih tenang walaupon lautan adakala nye bergelora..Indah nye kebesaran Yang Maha Esa untuk tatapan hamba-hamba nye.
...'Jangan Menidakkan Kebolehan Kami' yeaaaayyyy!!!!

Friday, November 1, 2013

KELAS CASTING BERSAMA 'WOMEN ANGLERS CLUB'

KELAS CASTING DI 
T A S I K   T I T I W A N G S A



BERSAMA
WOMEN ANGLERS CLUB
PEMM
PURE FISHING SDN BHD



Program yg dihadiri oleh Presiden PeMM sendiri iaitu En Ridzuan, wartawan dr Berita Harian & Kosmo dan para pengajar oleh Pure Fishing a.k.a Abu Garcia.

Admin ditemuramah oleh wartawan Kosmo

Akhirnya berjaya juga W.A.C menjayakan impian untuk mengumpul pemancing wanita dalam kelas Casting. Tentu ramai yang tertanya-tanya mengapa kelas ini diadakan hanya untuk wanita??? Jawapan paling tepat sebab usaha mengumpul pemancing wanita tak kira lah dia iron lady ker...lady gagah ker...lady gagap ker...janji dlm IC dan surat beranak dia Binti or a/p or d/o yg selama ni segan silu...tersipu-sipu malu untuk ceburi sport fishing keluar dari dunia segan. Sape kata wanita tak boleh memancing??? ade jugak yg kata kalo semua para wanita keluar memancing alamat nye tak berasap lah dapur...helooooo,kt laut atas bot pandai lak para lelaki or suami or boyfren memasak. So ape masalah nyer kan kan..



Akhirnya dapat jugak W.A.C mengumpul 25 orang pemancing wanita untuk mempelajari basic kaedah casting bersama pakar-pakar casting.

kenapa wanita sukar tonjolkan diri...
  1. sbb psikologi org kite masih lg menganggap wanita tak layak dgn hobi ini...kasar...sedangkan ramai angler wanita di oversea contoh spt di korea, jepun, europe dll yg glamer lagi. Lain kata nye...dipandang serong lah sbb hobi ni utk lelaki sahaja kengkonon. Apabila wanita bwk joran...mula lah ade yg sok sek sok sek pandang semacam. Lagi best yg siap sakai menggelakan lagi.
  2. wanita takut kene sun burn. Dunia semakin maju. Banyak produk kecantikan boleh membantu selain menggunakan sun block. Ade jugak lelaki pon tak mau kene sun burn..jadi jgn takot, sun  burn boleh di atasi.
  3. wanita yg cun cun ni kata memancing tak leh melawa. Di luar negara...angler wanita siap berfesyen lagi sambil memancing. Tapi agak-agak lah kan, tak kan nk memancing pakai baju kurung lak...kene lah pakai yg sesuai dgn keadaan.
  4. Hobi memancing leceh...remeh...kotor sbb nk kene pegang umpan pelbagai. Errrr...ramai yg tak tau, guna umpan tiruan pon ikan mengena mata kail.
  5. Mabuk naik bot lagi lagi di lautan... actually, lelaki pon ramai yg pening pening langau gitu naik bot.
Sebab tu lah kami mengambil inisiatif untuk mengumpul wanita sama sama belajar memancing kaedah casting. Guna umpan tiruan pon bolehhhhh. Hobi memancing tak semestinya kene redah hutan banat...laut dalam berombak ribut petir yg menggerunkan dan melecehkan untuk memancing. Banyak lokasi dan kaedah memancing yg santai dan mudah untuk kite lunaskan kehendak hobi tu.
Peralatan casting
  1. Rod
  2. Low Profile back casting mechine
  3. Gewang
 
Mesin dan rod. Terdapat pelbagai jenama di pasaran yang dari serendah RM150 sehingga yang beribu harga nya boleh didapati di Kedai Peralatan Memancing.

Haaa...tu dia, set gewang
Modul : Basic casting
  1. Pengenalan kepada jenis mesin dan rod yg sesuai untuk kaedah casting.
  2. Pengenalan kepada jenis-jenis gewang.
  3. Pengendalian mesin casting.
  4. Kaedah membaling.










Praktikal di Tasik

  • Peserta diajar cara-cara menggerakan gewang seolah-olah umpan hidup di dalam air. Seperti yang kita sediamaklum terdapat pelbagai jenis gewang di pasaran. Walaubagaimana pun, bergantung kepada keadaan untuk memilih gewang yg bersesuaian. Pergerakan gewang juga bergantung kepada teknik-teknik yg bersesuaian. Namun, untuk basic modul, peserta diajar kaedah yang paling mudah sebagai pengenalan.


  • Kaedah pengendalian mesin ketika membaling bagi mengelakan rod line tersimpul atau bird nest pada mesin. Cabaran utama kaedah casting adalah apabila bird nest ini berlaku. Untuk tujuan itu, peserta diajar cara-cara pengendalian mesin yg betul dan cara-cara menyelesaikan kekusutanya line apabila tersimpul.




Setiap dua org peserta akan diajar oleh seorang pengajar berpengalaman untuk kemahiran secara praktikal di tasik. 2 jam pengalaman bersama pakar pakar casting ni sungguh menakjubkan. Menurut Presiden PeMM, kelas sebegini akan dianjurkan lagi dimasa masa akan datang untuk peringkat selanjutnya. 
PeMM berhasrat untuk meramaikan lagi wanita yg Pro dengan dunia memancing dan menjadikan sport fishing sebagai hobi yang di iktiraf.

Admin Pirate (W.A.C)

Admin Superyoung Lady (W.A.C)


foto by
pirate @ berryhitamanis