Lautan Itu Indah...Luas Untuk Diterokai

Kami bukan lah pemancing profesional...cuma kami meminati aktiviti ini sebagai hobi utama dalam kelapangan masa yang dimiliki. Hobi ini lebih tenang walaupon lautan adakala nye bergelora..Indah nye kebesaran Yang Maha Esa untuk tatapan hamba-hamba nye.
...'Jangan Menidakkan Kebolehan Kami' yeaaaayyyy!!!!

Wednesday, October 16, 2013

TAMAN REKREASI WETLAND PUTRAJAYA

WETLAND PUTRAJAYA


Lokasi memancing yang nak diperkenalkan di sini adalah Pusat Rekreasi Air Wetland Putrajaya. Tak ramai yang tahu tasik ini adalah lokasi terbaik juga untuk aktiviti memancing. Anda cuma perlu permit masuk untuk satu joran dikira RM20. Mancing lah sampai lebam sehingga jam 7mlm.

Kami bertuah kerana waktu kami datang...tiada pekerja di kaunter,lantas pak guard yg bertugas (pak guard mmg baek hati) membenarkan kami memancing sampai jam 7 malam.

Lokasi di mana...??
Dari bulatan Putrajaya ada tuju ke Jalan Persiaran Persekutuan (menghala ke Shah Alam,Puchong) 

Sila lah follow map ini...

Jangan ada tersilap...kerana ada dua Taman Wetland. Untuk memancing Pusat Rekreasi Air Wetland (lihat map yang bertanda A). selalu nya ramai pengunjung terlajak ke Taman Wetland. Kat situ anda tak boleh mancing...tak boleh jadi bangau...tapi anda boleh lihat bangau je yg banyak di situ.

Kadar bayaran boleh check di bawah ni..

A. EKSPLORASI TAMAN
Bil Perkara Kategori Kadar Catatan
1 Lawatan Berpandu Ke Taman
(Pusat Penghayatan Alam, Menara Pandang Jauh,
Kolam Flamingo dan Sel Wetland Dan Denai Alam)
Individu
Pelajar
RM 5.00
RM 3.00
Masa Bagi Lawatan Berpandu (Walk-In)
I. 9:00 am
II.10:30 am
III. 2:30 pm
IV. 4:00 pm
2 Brosur Lawatan berpandu sendiri RM 2.00
per brochure
3 Aktiviti Eksplorasi
a. Pencarian Scavenger 10 orang
(manima)
RM 8.00
/ 3 Jam
b. Mencari Harta Karun Wetland 10 orang
(manima)
RM 10.00
/ 4 Jam
c. Mencari Harta karun Akuatic 20 orang
(manima)
RM 35.00
/ 3 Jam
4 Bengkel Kayak 20 orang
(maksima)
RM 800.00
/ 5 Jam
5 Bengkel Rakit Air 20 orang
(maksima)
RM 600.00
/ 4 Jam
6 Bengkel Merentas Tasik 30 orang
(maksima)
RM 240.00
/ 3 Jam
7 Permit Memancing 1 Joran
(9:00am-7:00pm)
RM 20.00
/ 10 Jam (maks)

Persediaan Memancing di Wetland Putrajaya
Oleh kerana kami ni bukan pandai ngat memancing versi kolam/tasik/sungai... so nak bancuh umpan pon tak reti. Nasib baik ade Abg Azrul dari Juara Tackle (Joran Tempur Anglers Group) yang sudi membantu. Lokasi kedai Abg Azrul di Alam Megah, Shah Alam. 

Promo sket... Juara Tackle menjual barang-barang dan peralatan memancing yang lengkap dengan harga yang berpatutan. Yang lebih bangga, kedai ini meyediakan perkhidmatan repair rod dan custom rod. Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mempunyai rod mengikut warna dan citarasa anda, sila lah datang ke Juara Tackle.

Bancuhan Umpan...
Antara bahan-bahan yang digunakan










Menurut Abg Azrul...ni bancuhan yg paling basic untuk kami yg beginner nih. Lain ikan lain citarasa nyer...jadi misi kami masa tu untuk memikat si Ikan Lampam. Ni adalah diantara bahan-bahan untuk bom ikan nye...mungkin ade yg gelak-gelakan or kertawa besar tgk bahan-bahan nye...kalo nak ilmu lebih kene lah berguru secara nyata. Jadi saya memilih Abg Azrul utk berguru. Hehehe...Next time berhajat besor untuk menambah ilmu utk pengikat bancuhan bom umpan untuk lain-lain ikan pulak. Selagi ade yang sudi nak mengajo lah...


Cari port..
Semasa kehadiran kami ke Wetland, ramai jugak yang dah memancing kemungkinan dari pagi lagi. Ade sorg abg ni...makkkk aiiii, dah sebakol lampam di kutip nye bwk balik.Perghhh...

Port kami dekat dengan wakaf jer...bukan pe kalo hujan senang lari ke wakaf. Al maklumlah...sejak menjak dua nih,hujan waktu petang. Kami tak de payung...jadi wakaf jadi tempat berteduh.

Indah nye lah pemandangan Tasik Wetland nih...selalu nya mmg akan ada dua ekor itik yang lalu lalang wat spot check. Peramah betol itik dua ketol nih... kejap-kejap lalu. Kalo lalu kt darat...dgn umpan-umpan skali dia mintak. Hehe..


Dikatakan tasik ini akan membawa hasil yg kadang kala menakjubkan...bergantung juga pada rezeki dan umpan yang digunakan. Salah sorang dr rakan saya pernah menaikan ikan toman remaja dan yang paling kerap adalah spesin lampam. Lain-lain spesis yang pernah dinaikan, seperti ikan sebarau,jelawat dan ada kemungkinan Kelah jika kene pada waktu nya.

Ape pon seperti yang saya bg tau td...sye ni beginner, jadi saya aim si Lampam je lah dulu. Letak je joran...10 minit pertama, tu dia si Lampam naik sebesar tapak tangan (tangan saya lah...). Dua lagi joran..nampak nye, masih diam...hehehe!!!




Selepas 20 minit dari yang pertama...tetiba joran saya mcm direntap lagi. Kali ni...tarik punya tarik....haaaa, tu dia, tak disangka-sangka hasil nye ikan Kelah. Ikan ni mmg fight lebeh...nasib baiklah joran tak terjun ke tasik skali. Alhamdulillah setelah fight punye fight, akhirnya naik ke darat gak ikan nye. Pada asal nye, saya kurang pasti ikan ni spesis ape...bile di tnye abang-abang pemancing yg ade skali, mereka mengatakan ikan Jelawat. Tapi bile research balik, akhirnya pasti ikan Kelah.


Menurut para pemancing yang biasa ke Tasik Wetland ini, dulu setiap kali event memancing dibuat di Tasik ini, pihak penganjur akan melepaskan ikan Kelah, tapi pada masa tu maybe bersaiz kecil. Kini spesis Kelah membesar di Tasik dan jika ade nasib,joran anda pasti mengena.



Dengar nye...selain Kelah, ade juga spesis Toman, Sebarau, Keli dan lain-lain lagi. Cuma mungkin nasib akan menyebelahi anda dan joran anda.Saya cadangkan, jika anda berminat untuk memancing di Tasik Wetland ini, datanglah lebih awal kerana mengikut pemancing yg biasa ke Tasik ini...di awal pagi ikan lebih aktif memakan umpan.

Pada yang memilih hari minggu untuk ke Tasik Wetland, saya nasihatkan supaya datang lebih awal kerana...kebiasaanya Tasik ini dipenuhi pengunjung pada hujung minggu.




foto by
pirate
superyoung lady








 

3 comments:

  1. TERBAIK! Rasenya ade sorang dua dari gmbr ni prnh masuk MAJALAH UMPAN kan?

    ReplyDelete
  2. Wahhh. girl mancing. jarang tgk. raree

    ReplyDelete
  3. Wahhh. girl mancing. jarang tgk. raree

    ReplyDelete