IKAN LAYARAN
Ikan Layaran atau nama saintifik nya Istiophorus.
CIRI-CIRI IKAN LAYARAN
- Warna hitam putih kelabu kebiruan
- bersirip bak umpama layar pada kapal
- muncung yg tajam dan panjang mcm ikan todak
CIRI-CIRI LAIN IKAN LAYARAN
- dikenali dengan kepantasan berenang sehingga 110 KM/J (had lajU kenderaan di Malaysia)
- Sirip atau layar nya akan mengembang apabila ia diancam. Namun semasa berenang, ikan ini akan melipatkan sirip nya.
- apabila layaran nya mengembang, ikan ini kelihatan lebih besar dari saiz nya dan kadang-kadang agak menakutkan.
- Boleh berubah warna kepda biru muda dengan bergaris kuning kekuningan untuk mengelirukan mangsa dan sebagai tanda isyarat kepada kelompoknya.
ROMPIN LOKASI TERBAIK MEMANCING LAYARAN
Rompin adalah sebuah daerah yang teletak di bahagian selatan negeri Pahang. Ia adalah daerah yang bersempadan dengan negeri Johor. Antara lokasi berdekatan ialah Endau, Mersing , Nenasi dan Kuantan.
Rompin terletak di tepi pantai , menghadap Laut China Selatan
yang terbentang luas. OIeh itu Rompin merupakan destinasi memancing
yang terkenal. Ini adalah kerana Rompin adalah satu kawasan perairan
yang memiliki banyak lubuk dan kawasan tumpuan ikan yang amat popular.
Antara spesis ikan yang amat popular ialah ikan layaran
, sejenis hidupan yang sering menjadi tumpuan kaki pancing kerana
kesukaran untuk mendapatkannya.Oleh kerana Rompin adalah satu destinasi
ikan layaran, jadi setiap tahun acara billfish dan pertandingan memancing sering diadakan di daerah ini.
Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang bersama-sama Persatuan Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) dengan kerjasama Persatuan Memancing Malaysia (PeMM)mengadakan pertandingan memancing ikan spesis billfish atau ikan berparuh/layaran setiap tahun sebagai acara tahunan perlancongan yg memikat pelbagai pemancing tegar dari luar Negara terutama peserta dari Australia, Thailand, Indonesia dan Singapura.
Menurut kata pemancing di sana, kawasan Laut Cina Selatan merupakan laluan ikan jenis billfish yang melakukan proses migrasi daripada Hemisfera Utara hingga ke
Australia. Kejohanan yang lebih menjurus kepada pancingan ikan
berparuh/layaran (billfish) dengan konsep Tangkap dan Lepas ini
menawarkan ganjaran tunai.
Saya berminat untuk melihat sendiri pertandingan ini tahun ini dan berharap akan dapat ke Rompin. Mungkin tidak sebagai peserta pertandingan ( sebab lesen untuk memancing layaran ni masih belom dapat daaaa....!!!)well, we are beginner (sedo akan diri ini), tapi sebagai blogger yg akan membuat preview tentang aktiviti perlancongan ini. Jadi nantikan pertandingan ini pada bulan September 2013 ini. Kepada yg berminat untuk menyertainya, bolehlah menghubungi Persatuan Memancing Malaysia untuk keterangan lanjut
Sumber dan Gambar :-
wikipedia
Libur
Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment