Lautan Itu Indah...Luas Untuk Diterokai

Kami bukan lah pemancing profesional...cuma kami meminati aktiviti ini sebagai hobi utama dalam kelapangan masa yang dimiliki. Hobi ini lebih tenang walaupon lautan adakala nye bergelora..Indah nye kebesaran Yang Maha Esa untuk tatapan hamba-hamba nye.
...'Jangan Menidakkan Kebolehan Kami' yeaaaayyyy!!!!

Friday, August 23, 2013

INFOMASI : IKAN LAYARAN TARIKAN PERLANCONGAN DI ROMPIN PAHANG

IKAN LAYARAN




Ikan Layaran atau nama saintifik nya Istiophorus. 

CIRI-CIRI IKAN LAYARAN
- Warna hitam putih kelabu kebiruan
- bersirip bak umpama layar pada kapal
- muncung yg tajam dan panjang mcm ikan todak



CIRI-CIRI LAIN IKAN LAYARAN
- dikenali dengan kepantasan berenang sehingga 110 KM/J (had lajU kenderaan di Malaysia)
- Sirip atau layar nya akan mengembang apabila ia diancam. Namun semasa berenang, ikan ini akan melipatkan sirip nya.
- apabila layaran nya mengembang, ikan ini kelihatan lebih besar dari saiz nya dan kadang-kadang agak menakutkan.
- Boleh berubah warna kepda biru muda dengan bergaris kuning kekuningan untuk mengelirukan mangsa dan sebagai tanda isyarat kepada kelompoknya.



ROMPIN LOKASI TERBAIK MEMANCING LAYARAN






Rompin adalah sebuah daerah yang teletak di bahagian selatan negeri Pahang. Ia adalah daerah yang bersempadan dengan negeri Johor. Antara lokasi berdekatan ialah Endau, Mersing , Nenasi dan Kuantan.




Rompin terletak di tepi pantai , menghadap Laut China Selatan yang terbentang luas. OIeh itu Rompin merupakan destinasi memancing yang terkenal. Ini adalah kerana Rompin adalah satu kawasan perairan yang memiliki banyak lubuk dan kawasan tumpuan ikan yang amat popular. Antara spesis ikan yang amat popular ialah ikan layaran , sejenis hidupan yang sering menjadi tumpuan kaki pancing kerana kesukaran untuk mendapatkannya.Oleh kerana Rompin adalah satu destinasi ikan layaran, jadi setiap tahun acara billfish dan pertandingan memancing sering diadakan di daerah ini.

Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang bersama-sama Persatuan  Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) dengan  kerjasama Persatuan  Memancing Malaysia (PeMM)mengadakan pertandingan memancing ikan spesis billfish atau ikan berparuh/layaran setiap tahun sebagai acara tahunan perlancongan yg memikat pelbagai pemancing tegar dari luar Negara terutama peserta dari Australia, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Menurut kata pemancing di sana, kawasan Laut Cina Selatan merupakan laluan ikan jenis billfish yang melakukan proses migrasi daripada Hemisfera Utara hingga ke Australia. Kejohanan  yang lebih menjurus kepada pancingan ikan berparuh/layaran (billfish) dengan konsep Tangkap dan Lepas ini menawarkan ganjaran tunai.

Saya berminat untuk melihat sendiri pertandingan ini tahun ini dan berharap akan dapat ke Rompin. Mungkin tidak sebagai peserta pertandingan ( sebab lesen untuk memancing layaran ni masih belom dapat daaaa....!!!)well, we are beginner (sedo akan diri ini), tapi sebagai blogger yg akan membuat preview tentang aktiviti perlancongan ini. Jadi nantikan pertandingan ini pada bulan September 2013 ini. Kepada yg berminat untuk menyertainya, bolehlah menghubungi Persatuan Memancing Malaysia untuk keterangan lanjut



Sumber dan Gambar :-
wikipedia
Libur
Berita Harian Online

Wednesday, July 24, 2013

TRIP 6/2013 : KELONG GREEWAY PULAU KETAM


GREENWAY PULAU KETAM


Bagi yang kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur...kalau nak memancing, di sini anda boleh mencuba
Lokasi yang tidak jauh dari Pelabuhan Klang, Kelong GreenWay sesuai untuk pemancingan bersama keluarga atau port untuk gathering rakan pemancingan anda secara santai

Laluan dari  KESAS Highway atau FEDERAL Highway ke Klang - Pulau Ketam


Ape yg menarik di sini...

1. Kelong yang besar
2. Bilik penginapan yang banyak. Dua tingkat. Disediakan 
    juga family room yang ada dua (2) Queen bed. Lampu,
    kipas dan plug point disediakan.
3. Open Platform memancang sebelah kanan dan kiri.
4. Kemudahan dapur/ tempat masak/dining area.
5. Kemudahan tandas yg bersih.
6. Kemudahan air bersih untuk mandi/minum
7. Kemudahan tempat solat 
8. Elektrik dari jam 7 mlm - 7 pagi














HARGA     :   RM60/seorang


MASA      : 12 tghari - 12 tghari (keesokanya)

Tambahan RM10 jika anda mahu tambah masa sehingga jam 4 ptg




HUBUNGI  : Mr Calvin 013 3616668 / 012 3225333






PENGANGKUTAN :  
1. Speedboat                -   RM10/seorang
2. Feri Pulau Ketam   -   RM 7/seorang ( singgah di Jeti Pulau Ketam dan transfer boat ke 
    Kelong )





Tips memancing di Kelong Greeway Pulau Ketam

 1. Umpan yang sesuai
     - udang hidup / mati
     - anak  ikan sardin, mackerel
     - sotong/cumit
2. Kaedah perambut yg paling sesuai adalah Gunakan teknik Ranggong Rig. Kebanyakan pemancing
    menggunakan teknik perambut ini di Kelong Greenway


3. Joran yang sesuai

   ROD     : 20LB - ke atas
  REEL    : 3000 - 5000
  LINE    :  30LB - ke atas
  ROD LENGHT : 7' ke atas
  SAIZ BATU LADUNG  :  8 - 24 (semak jadual air pasang surut)

Spesis Ikan Yang Popular di Greenway

1. Jenahak
2. Ikan Merah
3. Ikan Duri
4. Ikan Gelama
5. Ikan kerapu

Lain-lain spesis yg boleh diperolehi

1. Tuka / Anak Pari
2. Ikan Daun Baru

















JOM ManCinG...

  

Sunday, May 19, 2013

DIPELAWA PEMANCING WANITA UTK MENYERTAI BLOG INI

ASSALAMUALAIKUM...


NAK MANCING...TAPI TAK DE GENG


NAK MANCING...TAPI TAKOT/SEGAN/MALU/TAK TAU


NAK MANCING...TAPI TAKDE PORT...LAGI KESIAN KAN


JADI MARI BERSAMA SAMA KAMI KITE BORAK DALAM BLOG INI


MARI KITE KONGSI MAKLUMAT...TUKAR TUKAR PENDAPAT


MARI SAMA SAMA KITE....AAAHAAAAH, G MANCING LAH


HANYA UNTUK PEMANCING WANITA SAHAJA










JANGAN MALU JANGAN SEGAN...MARI BERSAMA BLOG KAMI.
KAMI PERLUKAN HEBAHAN RAKAN RAKAN UNTUK MEMERIAHKAN LAGI BLOG INI.. INGIN MERASAI PENGALAMAN MEMANCING DI LAUT...
INSHAA ALLAH KAMI BOLEH BANTU...

SILA EMAIL KEPADA ADMIN BLOG INI

a.chymz@yahoo.com
super_maylash@yahoo.com




Monday, April 22, 2013

APE BILA DIJEMPUT....

Dinner with Superyounglady.blogspot.com

 Nak cite sket...Teman dijemput oleh my fav bloger ke Dinner Bersama Tourism KL sempena Annual Dinner mereka. Ahhhaaah...skrng bloger pon dh tima publicity tau...maklum lah. Bloger ni mcm wartawan pon ade...tp tak dibayar. Kami menulis dgn ape yg kami lihat...rasa...lalui...luahan dh tentu terus menerus je.  Para bloger skrng dh di ikhtiraf utk penyebaran info...tp bkn fitnah tau. Malahan lebih info nye dr web web yg sepatutnya....

 Ketahui lah para bloger...anda juga mungkin di hargai oleh pihak pihak tertentu ni jika info anda adalah positif utk para.pembaca. Kite sering menjadi perhatian di luar sana....walopon menulis sepatah ayat. 
 Terima kasih kepada superyounglady.blogspot dan Sota Travel Agency yg telah membawa kami ke dinner yg hebat itu..tima kasih juga KL Tourism yg menghargai kami para bloger.