Lautan Itu Indah...Luas Untuk Diterokai

Kami bukan lah pemancing profesional...cuma kami meminati aktiviti ini sebagai hobi utama dalam kelapangan masa yang dimiliki. Hobi ini lebih tenang walaupon lautan adakala nye bergelora..Indah nye kebesaran Yang Maha Esa untuk tatapan hamba-hamba nye.
...'Jangan Menidakkan Kebolehan Kami' yeaaaayyyy!!!!

Friday, August 30, 2013

INFORMASI : BATU KARANG DALAM HEMPEDU


JOM SHARE INFO
BATU KARANG DALAM HEMPEDU


Info ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri yang menghadapi penyakit ini. Saya sendiri pon tak pasti kesakitan ini telah terperap berapa lama. Apa yang pasti, apabila sampai masanya ia amat menyakitkan.


Di awal kesakitan..
Saya menghadapi masalah ini bermula di bulan Ramadhan. Mungkin dah takdir Allah sakit di bulan yang Mulia ini. Pada mula nya saya cuma ingat ini kesakitan yang biasa. Antara sintom-sintom awal

  1. Sakit perut terutama pada hulu hati. Terlalu perit kesakitanya
  2. Pedih dalam perut umpama gastrik menyerang. 
  3. Terasa sakit dibawah tulang selangka terutama selepas makan.
Kesakitan ini berulang walaupon telah berkali-kali cuba makan ubat gastrik atau ubat membuang angin termasuk yang dijual di farmasi. Waktu ini saya telah ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor hanya beri saya suntikan ubat tahan sakit dan ubat gastrik. Doktor meminta saya untuk kembali ke klinik selepas 3 hari jika kesakitan masih lagi tiada perubahan.

Lain-lain tanda penyakit ini....

  1. Sentiasa buang angin (kentut lah kan) dan terasa perut sentiasa kembung.
  2. Najis berbau sangat busuk. Maksud saya, agak keterlaluan. 
  3. Sakit di bahagian belakang terutama pada tulang belakang. Keadaan ini sehinggakan kita sukar untuk bangun, duduk mahupun waktu tidur. 
  4. Akan ada demam terutama apabila terlalu banyak pergerakan atau selepas makan makanan yg ada minyak walaupon sedikit.
  5. Air kencing terlalu kotor sehingga warna kuning keemasan.
Kesakitan pada tulang belakang @ bahagian belakang sukar untuk digambarkan sehinggakan tak boleh diurut. 

Ada sumber memberikan tips berguna...air jus lobak putih. Perghhhh...Allah saja yang tau rasa nya mcmana. Tapi...setiap kali saya minum jus air lobak putih, kesakitan kurang. Tapi keesokanya sakit kembali semula.


Lobak Putih
Sayur ini mengandungi kandungan air, glukosa, sukrosa dan fruktosa yang banyak. Ia juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-piruvik dan asid amino.



Selepas 3 hari, kesakitan masih lagi kuat terutama pada hulu hati dan tulang belakang. Ulang kali ke 2 ke klinik, kali ini untuk ultra sound, blood test dan urine test. Oleh kerana lagi sehari nak raya, doktor meminta saya kembali ke klinik selepas 3 hari. Fuhhh, nikmat raya berkecai. Lagi-lagi terpaksa memandu ke Ipoh untuk berhari raya.

Result...

Hasil ultrasound...tidak kelihatan batu pada hempedu. Result darah juga ok. Cuma urine memang kotor. Doktor yang kurang berpuas hati dengan result kerana kesakitan masih lagi ada. Doktor mengesyorkan saya supaya membuat rawatan lanjut ke Hospital dan berjumpa pakar.

Saya memilih Sunway Medical Centre untuk rawatan lanjut. Terus ke klinik pakar Gastro. Saya diminta untuk berpuasa bermula tengah malam dan diminta untuk minum sejenis air sebanyak 6 botol 500ml dalam satu hari. Lepas minum je air tu...ape lagi, ke tandas berulang kali je lah sampai najis berwarna kuning. 

Rawatan lanjutanya sudah semestinya, endoscope dan ultrasound. Result enoscope...clear semuanya dalam usus. Tapi...result ultrasound, mendapati terdapat batu karang berhampiran saluran hempedu. Pakar bedah datang untuk pemeriksaan seterusnya. Tu maknanya, pembedahan segera perlu dilakukan.

Pembedahan..

Pakar bedah memaklumkan, pembedahan agak kecil namun tiga bedahan di perut dan satu di pusat untuk camera dimasukan. Jika cara ini tidak dapat mengeluarkan batu tersebut, cara lama akan dilakukan. Hempedu juga akan turut dibuang. Pembedahan saya mengambil masa 45 minit. Tapi selepas dibedah, adohlahhh...sakit lain lak datang. Sakit kene toreh kt perut lah plak kan.


Sukar nak digambarkan, sebab pergerakan kita semuanya menggunakan otot perut. Bila nak bergerak, terlalu sakit dan perit terutama bedahan pd hulu hati dan di pusat.

Ukuran lebih kurang sebiji guli

Hasil yang dikeluarkan. Hempedu juga terpaksa dibuang. Kini Hati mengambilalih tugas hempedu

Kini..

Selepas pembedahan, kesakitan telah tiada. Cuma perlu amalkan pemakanan yang sihat. Kurangkan minyak...kurangkan makanan pedas..asam...masam2...makan buah buahan dan minum air kosong @ mineral sebanyak mungkin.


Selepas pembedahan...kesakitan hilang, tapi perlu rawatan lanjut dan penjagaan makanan yang berterusan

 
Ini semua adalah hasil daripada pengalaman saya. Jika anda mahukan info yang lebih dapatkan nasihat daripada pakar hospital atau doktor yang arif.




Pengalaman
berryhitamanis

Foto
superyounglady

Info lain
wikipedia
 

6 comments:

  1. Sila izinkan kami memperkenalkan diri kami sebagai pakar menyingkir batu karang pundi hempedu. Kami, Agro pluz Biotech Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengkaji produk bioteknologi kami tersendiri. Dengan pengalaman kami di industri makanan dan bioteknologi selama 20 tahun, kami telah mencipta produk buah-buahan semula jadi kami yang terdiri daripada Roselle, minyak zaitun dan bahan-bahan mineral.

    Produk kami yang berjenama DR GETOX khas digunakan untuk membubarkan batu hempedu dan membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan. Kelebihan DR GETOX juga termasuk pengurangan berat badan setelah membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan.

    Dalam masa 12 jam sahaja, batu karang pundi hempedu akan muncul di dalam mangkuk tandas selepas proses penyingkiran bahan-bahan buangan. Pesakit tidak perlu risau lagi pundi hempedu akan dibuang jika mereka terpaksa menjalani pembedahan di hospital.

    Produk kami telah lulus dan berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa. Antaranya termasuk sijil Halal, HACCP dan sijil-sijil bertaraf antarabangsa. Sila hubungi kami dengan emel agropluz@gmail.com / 012 368 8507 (JLoh) untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.


    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Tima kasih atas info yang baik ini. Untuk pengetahuan, hempedu saya tidak dapat diselamatkan lagi dan terpaksa dibedah.Walaubagai manapun, mencegah itu lebih baik daripada mengubati... Insha Allah, info yang baik ini akan disyorkan kepada para pembaca blog ini. TQ

    ReplyDelete
  3. sakit tak awak masa doktor buat tu? saya nak kena masuk wad nanti nak buat camtu...

    ReplyDelete
  4. info yg sgt berguna. tapi boleh tak kongsi kenapa sunway medical centre? saya sedang survey hospital utk mak saya, die pon ada gallstone

    ReplyDelete
  5. Sila izinkan kami memperkenalkan diri kami sebagai pakar menyingkir batu karang pundi hempedu. Kami, Agro pluz Biotech Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengkaji produk bioteknologi kami tersendiri. Dengan pengalaman kami di industri makanan dan bioteknologi selama 20 tahun, kami telah mencipta produk buah-buahan semula jadi kami yang terdiri daripada Roselle, minyak zaitun dan bahan-bahan mineral.

    Produk kami yang berjenama DR GETOX khas digunakan untuk membubarkan batu hempedu dan membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan. Kelebihan DR GETOX juga termasuk pengurangan berat badan setelah membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan.

    Dalam masa 12 jam sahaja, batu karang pundi hempedu akan muncul di dalam mangkuk tandas selepas proses penyingkiran bahan-bahan buangan. Pesakit tidak perlu risau lagi pundi hempedu akan dibuang jika mereka terpaksa menjalani pembedahan di hospital.

    Produk kami telah lulus dan berjaya mendapat pengiktirafan
    antarabangsa. Antaranya termasuk sijil Halal, HACCP dan sijil-sijil bertaraf antarabangsa. Sila hubungi kami dengan emel agropluz@gmail.com / 016 977 5478 (Kelvin) untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.


    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  6. which Dr is your surgeon doing the Laparoscopic cholecystectomy

    ReplyDelete